Sebelum ini,mereka memilih untuk merahsiakan pertunangan mereka sehinggalah mereka membuka mulut baru-baru ini sekaligus mengumumkan tarikh perkahwinan mereka yang akan berlangsung pada 2 jun 2013 di Shah Alam.
“Mula-mula Izzue ingin meminta maaf kerana terpaksa merahsiakan pertunangan kami. Ini kerana saya memilih untuk tidak menghebohkan perkara ini kerana khuatir jika apa-apa terjadi. Bertunang itu tanda dan bila-bila sahaja ia boleh terputus”
Anak muda ini telah berkenalan dengan Awin selama 5 tahun dan mereka memutuskan untuk berkahwin selepas dicadangkan ahli keluarga mereka untuk berbuat demikian.Namun,keputusan itu sama sekali tidak membuatkan Izzue khuatir berkahwin pada usia muda akan menjatuhkan popularitinya malah beliau yakin perkahwinan ini tidak akan memberi kesan negatif kepada kerjayanya.
“Bagi Izzue perkahwinan itu wajib. Insyaallah perkahwinan ini tidak akan memberikan kesan kepada kerjaya saya kerana bagi saya peminat masa kini bersikap lebih terbuka”
SUMBER : Blog Komuniti Cinta

No comments:
Post a Comment